zakat50

Tahniah!!!

DENGAN HANYA MEMBAYAR ZAKAT SERENDAH RM50

ANDA LAYAK MENERIMA SEHINGGA

RM3000

SKIM KAFALAH MUZAKKI (Khairat Kematian)

Dengan ZAKAT RM10, dapat membantu
membeli satu hidangan makanan bagi seorang yang sedang dalam kelaparan

SERTAI KEMPEN KAMI

“MULA DENGAN BERZAKAT RM10”.
BANTU MEREKA YANG SANGAT TERDESAK DAN MEMERLUKAN BANTUAN SEGERA.

Kempen RM10 ini adalah satu usaha untuk mengajak dan mendidik seramai yang mungkin untuk memulakannya dan merasai nikmat berzakat.

Gaji minima wajib untuk anda tunaikan zakat adalah sebanyak RM1,692
Dengan jumlah ini, anda wajib mengeluarkan zakat sebanyak RM507 setahun bersamaan RM42 sebulan.
Banyak ke? Apa kata anda

Mulakan Dengan Berzakat RM10


Sekiranya pendapatan anda tidak layak dizakatkan tetapi anda tetap berusaha untuk memulakan dengan berzakat RM10 tindakan murni anda ini sangat digalakkan.

Semoga pendapatan dan rezeki anda diberkati ALLAH SWT

Inilah kesan jika 10,000 orang berzakat RM10

Kami berikan contoh kira-kira yang mudah :

1 0rang x RM10 = RM10
100 orang x RM10 = RM1,000
1,000 orang x RM10 = RM10,000
10,000 orang x RM10 = RM100,000

Dengan nilai zakat RM100,000 ianya dapat membantu keperluan asas bagi 200 buah keluarga yang bernilai RM500 sebulan

Bayangkan jika 1,000,000  umat Islam yang ada pendapatan sekarang dapat mengeluarkan zakat sebanyak RM10 sahaja. Jumlah terkumpul adalah sebanyak RM10 Juta 

Jadi kita dapat membantu 20,000 buah keluarga sebulan

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 148;

“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblatnya sendiri) yang mereka menghadap ke arahnya (ketika solat).  Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja repliki rolex kamu berada pasti Allah akan menghimpunkan kamu semua (pada hari kiamat untuk menerima balasan). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Di sini jelaslah Islam adalah satu agama mengutamakan perkara kebaikan dan
menggalakkan umatnya supaya berlumba-lumba melakukannya.
Kebaikan dalam Islam adalah segala perbuatan baik dan bertepatan dengan syariat bahkan diredhai Allah SWT.
Ia mencakupi aspek ibadah dan hal kemasyarakatan atau “hablum min Allah” (hubungan dengan Allah) dan “hablum min an-Nas (hubungan dengan manusia).

Dalam Surah AL-Munafikun Ayat 10, mereka meminta untuk menundakan kematian mereka sedikit masa lagi supaya mereka dapat memberi infak dari harta yang mereka miliki.

Surah Al-Munafikun, 10
Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.”

Berlumba-lumba melakukan kebaikan adalah satu suruhan Allah SWT dan galakan terhadap hambaNya yang beriman supaya sentiasa melaksanakannya.

KISAH MAKCIK TUA

Kisah benar seorang makcik yang hanya menjual sayur

Seorang makcik yang hanya menjual sayur di tepi jalan, mempunyai 11 orang anak, semuanya terdidik dengan agama dan menjadi manusia hebat.

Sungguh berkat rezeki makcik ni. Walaupun sikit dengan hanya jual sayur, sentiasa rasa cukup dan berjaya mendidik, membesarkan 11 orang anak.


Apa rahsia makcik ini?

Rahsianya adalah, makcik ni mengasingkan setiap hari 2.5% dari setiap pendapatan hasil menjual sayur untuk dizakatkan.

Sampai saja masa, makcik ini akan selesaikan zakat beliau setiap bulan, setiap tahun.

Bagaimana kekuatan dan kepercayaan seorang makcik tua ini memberi rezeki yang berkat kepada beliau dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Ini Janji Allah

Allah akan melipatgandakan rezeki mereka sehingga 700 kali ganda dalam pelbagai bentuk seperti kesihatan yang baik, kemudahan selesaikan masalah, kemudahan kewangan, ketenangan dan lain-lain.

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 261)

Jangan pandang pada jumlah yang nak dizakatkan semata-mata, pandanglah betapa mulia kedudukan kita yang telah melaksanakan kewajipan berzakat kerana kita melaksanakan perintah Allah dan telah membantu ASNAF yang sangat memerlukan.

Power Sangat Ke Zakat Ni?

Rasulullah SAW bersabda:
“Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa.”
(HR. Thabrani)

Ini bukti nyata pembayar zakat yang dah membayar zakat



Ini bukti peningkatan kewangan apabila seseorang itu membayar zakat. Kalau kita lihat graf ini, peningkatan dan rezeki ini Allah kurniakan kepada pembayar zakat yang konsisten membayar zakat selama 10 tahun.

Bayangkan, rezeki-rezeki lain yang Allah kurniakan kepada mereka.

Hati tenang, kesihatan berpanjangan, mudah urusan di dalam selesaikan masalah, tenang hati dan jiwa, rasa cukup dengan apa yang ada dan lain-lain. Untungnya bila kita membayar zakat.

Powernya zakat ni, boleh buat rezeki kita bertambah.

Yang anda lihat graf tu, baru rezeki kewangan dan 2.5% je dari hasil pendapatan sebenar. Kalau nak tahu, setiap jumlah zakat yang dibayar tu, darab dengan 40. Banyak kan?

Rezeki Ini Macam-macam!

  • Hati rasa lapang
  • Masalah datang tapi kita tenang hadapi. Sentiasa ada jalan untuk selesaikan masalah tu
  • Walaupun tahap kewangan biasa-biasa je, tapi cukup. Boleh beli macam-macam pulak tu
  • Jarang mendapat sakit
  • Bila sakit, zakatlah ubatnya

Konsep Keberkatan

Kita akan peroleh keberkatan dalam hidup apabila kita tunaikan kewajipan yang Allah perintahkan. Hanya Iman dan Taqwa mampu memberi kita jawapan kepada keberkatan

Kalau di Mekah atau di Masjid, kita dapat rasa dan sudah sedia maklum akan keberkatan yang akan kita peroleh sekiranya kita kesana.

Macam tu juga dengan diri kita. Bagaimana kita nak capai keberkatan pada diri sendiri?

Salah satu cara untuk mencapai keberkatan dalam diri kita adalah dengan menunaikan zakat. Ini cara kita tunjuk bahawa Iman dan Taqwa kita hanya kepada Allah.

Ajaibnya zakat ni, kita dapat merasa kesenangan, ketenangan hati dan jiwa, kemudahan selesai masalah, kemudahan kewangan. Ini kerana rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, kita kongsikan dengan mereka (8 ASNAF), memberi senyum kepada mereka, memberi mereka harapan untuk meneruskan kehidupan, tanpa kita sedar mereka mendoakan kebahagiaan dan rezeki yang cukup untuk pembayar zakat.

Apa Kata Mereka yang Membayar Zakat?

(data ini hasil dari survey yang dilaksanakan kepada 7,127 orang pembayar zakat di PPZ-MAIWP)

INI JAWAPAN MEREKA






Bayangkan kalau nikmat-nikmat ini kita yang dapat. Bahagia kan? Betul tak?

Nikmat ini tidak akan dapat kita rasai sekiranya kita bukanlah seorang pembayar zakat. Hanya seorang yang bernama pembayar zakat sahaja yang akan merasai nikmat yang tidak ternilai ini

https://youtu.be/HkCqPMjIJ1whttps://youtu.be/eJfACarjW50

Kenapa Kita Perlu Bayar Zakat?

Ke Manakah Zakat Anda Disalurkan?









JOM SERTAI KEMPEN RM10!

PPZ-MAIWP melancarkan Kempen RM10 Secara Online bermula 1 Julai sehingga 31 Disember 2021

Ubah Hidup Anda Dengan Hanya Membayar Zakat Serendah RM10!

Syarat-syarat Penyertaan

  1. Anda mestilah membayar zakat secara online serendah RM10
  2. Tempoh KEMPEN BERMULA 1 Julai hingga Disember 2021 (6 bulan)
  3. Pemilihan pemenang akan diumumkan setiap 2 bulan iaitu pada September 2021, November 2021 dan Januari 2022.
  4. PPZ-MAIWP berhak membatalkan penyertaan kempen ini bagi mana-mana pembayar zakat yang tidak menepati terma dan syarat.
  5. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan undi.
  6. Keputusan penganjur adalah muktamad dan diaudit.
  7. Tertakluk kepada terma dan syarat.

SOALAN LAZIM (FAQ)


Mulakan dengan membayar zakat anda di sini

[ppz_payment_form app_id=”3″ min_payment=”10″]

Scroll to Top